Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend.









! AINI ZAKARIA

09 May 2013

Bila orang popular masuk blog

Assalamualaikum...

Pagi tadi tangan ni sengajalah check-check nuffnang, ye lah dah lama tak check. Mana tahu ada CPUV masuk ke kan..hoho. Tapi malangnya tak ada, hampas kelapa je yang ada. Kemudian terpandanglah dekat visitor nuffnang itu, ada gambar orang popular.

Siapakah? jeng-jeng..rahsia. Tapi terkejut lah juga sebab you know lah kan, blog i picisan je..hehe.. Susah tau, orang-orang yang popular nak masuk dan jenguk blog den ni. Lepas itu, macam-macam bendalah fikir..ehh..kenapa dia masuk blog aku? Aku curi entry dia ke? Copy entry dia ke? Mengutuk dia ke? kehkeh..merapu je lebih.

Pergi-pergi..syuhh...syuhh..negatif itu semua. Banyak pengaruh negatif sejak dua menjak ni (ehh..bukan kau sokmo negatif ke..hohoho). Tapi itulah hakikatnya, bila ada orang yang popular masuk blog ini. Gembira ada, pelik ada, macam-macam lah ada. Hehe..jangan terasa ye, saja je tulis entry ni sebabnya macam biasa, tak ada idea.

p/s: Saya nak menghilangkan diri buat sementara waktu, nak study, nak ambil ujian lesen memandu ni..hoho. Doakan saya berjaya ye. Nervous..hekhek. Macam dah bertahun tak ambil ujian kan.


08 May 2013

Sunyiku kerana stressku...

Assalamualaikum...

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..lega sikit. Rasanya keadaan dah reda sedikit daripada sebelum-sebelum ini kan. Faham kan..ala, buat-buat fahamlah ye. Kalau tidak sebelum ini penuh dengan isu-isu tersebut, tak boleh nak baca seriously rasa pening kepala. Buka je, isu itu, buka je isu itu. Tak tahan dan tidak mahu "menyestresskan" diri, jadi saya menyepikan diri buat seketika. Sedih ada, macam-macam perasaanlah ada.

Sunyiku kerana stressku...

Setuju sangat-sangat dengan entry mak dara. Kena kurangkan ia, jika tidak mahu stress..hehe. Tak nak cakap lebih lanjut sebab takut nanti jadi perbalahan, tersalah cakap dan sebagainya. Dunia akhir zaman ini, yang salah, nampak betul, yang betul jadi salah..ehh..sama je kan. Tapi terpulanglah kepada mereka untuk menulis, hak masing-masingkan. Saya stress sorang-sorang je, tak ada faedah dan tak ada kerugian pada orang lain pun kan. hohoho. Sudahlah. merepek je Aini ni kan.

" Rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama', rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )" -Imam Al-Ghazali-

 p/s: Maaf ye kepada rakan blogger sekalian, saya baca entry-entry baru anda semua, tapi tak tinggalkan komen. Broadband ni pun buat masalah juga dan berita sedih (saya seorang je sedih kot) mungkin juga selepas ini saya akan terus menyepikan diri untuk jangka masa yang lebih lama. Ceh..macam nak pergi bertapa je kan.


 

Design By Nurul Aini | For ! AINI ZAKARIA ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome